Sunday, July 29, 2012

Kepentingan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas


Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikan kandungan matapelajaran yang diajar.
Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam.
Pelajar akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik.
Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar..
Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. 

Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif.
Menurut  ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif.
Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.
Pembelajaran melalui muzik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang aktif dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.
Kesimpulannya, muzik memainkan peranan penting dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.


 
 

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas respon anda