Tuesday, July 31, 2012
Monday, July 30, 2012
Makluman Tugasan Minggu ke Tujuh
Pembahagian tugasan merujuk kepada Pro forma yang telah ditetapkan.
Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
- Menyebut nama huruf mengikut melodi
- Mengeja perkataan satu dan dua kata-kata mengikut melodi
- membuat aktiviti pergerakan badan
Tugasan diagihkan kepada lima kumpulan.
Sila bawa bersama bahan dan alat muzik yang berkaitan
Pembahagian tugasan merujuk kepada Pro forma yang telah ditetapkan.
Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
- Menyebut nama huruf mengikut melodi
- Mengeja perkataan satu dan dua kata-kata mengikut melodi
- membuat aktiviti pergerakan badan
Tugasan diagihkan kepada lima kumpulan.
Sila bawa bersama bahan dan alat muzik yang berkaitan
Sunday, July 29, 2012
Kaedah Fonik
Kaedah
fonik digunakan untuk melatih murid mengenal huruf melalui padanan huruf
dengan
bunyi. Terdapat pelbagai pendapat mengenai cara pelaksanaan pengajaran
membaca
menggunakan kaedah fonik.
Beberapa
langkah pelaksanaan kaedah fonik seperti berikut
1. Pada
asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan antara
simbol (huruf) dan bunyi (hubungan fonem-grafem) supaya mereka dapat membaca
(membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka hadapi.
2. Murid
diperkenalkan dengan bunyi huruf dan bukan nama huruf.
3. Jadi,
lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa...’,
‘t’ - ‘teh’, ‘s’ - ‘ss’. ‘u’ - ‘uu...’, ‘z’ - ‘zz...’ dan sebagainya.
Murid-murid akan dilatih membunyikan huruf secara terasing dan kemudiannya
menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf yang lain bagi membentuk suku kata dan
perkataan.
4. Apabila
mereka sudah mengetahui hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata
pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan sebagai.
5. Contoh
lain seperti huruf “a” tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [a], dan
begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta
terus disebut sebagai [ba] + [ta] dan seterusnya disebut sebagai [bata].
6.
Kemudian baru digabung suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan - ‘dada’,
‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’ dan sebagainya.
Kepentingan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikan kandungan matapelajaran yang diajar.
Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam.
Pelajar akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik.
Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar..
Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan.
Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif.
Menurut ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif.
Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.
Pembelajaran melalui muzik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang aktif dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.
Kesimpulannya, muzik memainkan peranan penting dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.
Saturday, July 28, 2012
KAEDAH ABJAD
1. Kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama
huruf yang digunakan di dalam tulisan
Melayu iaitu
A, B, C, …… hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara
mengikut turutan bermula
dari A hingga Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid
dan guru menyebut terlebih dahulu
abjad-abjad tersebut untuk
memperkenalkannya kepada murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta
murid untuk mengenalpasti dan menyebut
abjad-abjad yang ditunjukkan dengan
bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad
ditunjukkan.
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad
yang telah diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan
memilih murid secara rawak dan meminta
murid tersebut mengambil kad kad di
papan hitam berdasarkan apa yang disebut
oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing.
Guru akan menyebut abjad manakala murid
perlu mendengar dengan teliti dan
menulisnya
dalam buku.
Aktiviti Prabacaan
AKTIVITI PRA
BACAAN
Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan
memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun
kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau
di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran
membaca kanak-kanak.
Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
1.
pengamatan
penglihatan
2.
pendengaran
3.
pergerakan
mata & tangan.
KEMAHIRAN
PENGAMATAN PENGLIHATAN
Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam
pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti
memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita
sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada
peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti
corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw
puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak
dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi.
Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan.
Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus
menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari
mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang
betul, guru harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca
terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.
KEMAHIRAN
PENDENGARAN
Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama
bersama pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan
adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak
mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara
yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang
penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus
mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk
bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat
menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling
langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak
–kanak atau membaca kepada kanak-kanak. Semasa bertutur dengan mereka,
kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa.
Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca.
KEMAHIRAN
PERGERAKAN MATA DAN TANGAN
Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan
mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan
seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada
peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus
mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna
mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak
memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna
dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu
guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan objek kecil seperti set
bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set
bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting tetapi harus
diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakkannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)