counter

Tuesday, July 31, 2012

MAKLUMAN


Perubahan Waktu Pengajaran dan Pembelajaran 

Kelas : K3
Mata pelajaran : WAJ 3104 (Literasi Bahasa) 
Tarikh : 1 Ogos 2012
Masa  : 9.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Pemulihan (Bangunan Pentadbiran )

Pesanan : Sila bawa semua bahan pembentangan yang telah dihasilkan

Terima Kasih







Monday, July 30, 2012

Makluman Tugasan Minggu ke Tujuh

Pembahagian tugasan merujuk kepada Pro forma yang telah ditetapkan.

Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

- Menyebut nama huruf mengikut melodi
- Mengeja perkataan satu dan dua kata-kata mengikut melodi
- membuat aktiviti pergerakan badan

Tugasan diagihkan kepada lima kumpulan.

Sila bawa bersama bahan dan alat muzik yang berkaitan


Sunday, July 29, 2012

Kaedah Fonik


 Kaedah fonik digunakan untuk melatih murid mengenal huruf melalui padanan huruf 
dengan bunyi. Terdapat pelbagai pendapat mengenai cara pelaksanaan pengajaran
membaca menggunakan kaedah fonik.

Beberapa langkah pelaksanaan kaedah fonik seperti berikut
1. Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dan bunyi (hubungan fonem-grafem) supaya mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka hadapi.
2. Murid diperkenalkan dengan bunyi huruf dan bukan nama huruf.
3. Jadi, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa...’, ‘t’ - ‘teh’, ‘s’ - ‘ss’. ‘u’ - ‘uu...’, ‘z’ - ‘zz...’ dan sebagainya. Murid-murid akan dilatih membunyikan huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf yang lain bagi membentuk suku kata dan perkataan.
4. Apabila mereka sudah mengetahui hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan sebagai.   
5. Contoh lain seperti huruf “a” tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [a], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ba] + [ta] dan seterusnya disebut sebagai [bata].
6. Kemudian baru digabung suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan - ‘dada’, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’ dan sebagainya.


Kepentingan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas


Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikan kandungan matapelajaran yang diajar.
Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam.
Pelajar akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik.
Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar..
Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. 

Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif.
Menurut  ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif.
Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.
Pembelajaran melalui muzik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang aktif dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.
Kesimpulannya, muzik memainkan peranan penting dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.


 
 

Saturday, July 28, 2012






KAEDAH ABJAD

1.  Kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama 
     huruf yang digunakan di dalam   tulisan Melayu iaitu 
     A, B, C, …… hingga Z.
2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara 
    mengikut turutan bermula  dari A hingga Z.
3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid  
     dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk  
     memperkenalkannya kepada murid.
4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta
    murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan  
    bantuan guru.
5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad  
    ditunjukkan.
6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad
    yang telah diajar.
7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan  
    memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di  
    papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru.
8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing.  
    Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan 
    menulisnya dalam buku.
  


Aktiviti Prabacaan
AKTIVITI PRA BACAAN
                Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak.
Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
1.    pengamatan penglihatan
2.    pendengaran
3.    pergerakan mata & tangan.


KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN
Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan kanak-kanak boleh diperkenal dengan memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan unutk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanak-kanak sememangnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu semasa ibu bapa atau guru membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjuk kepada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan. Demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul, guru harus mendemonstrasi dengan membaca secara terbalik. Apabila dibaca terbalik ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.



KEMAHIRAN PENDENGARAN
Selain itu, pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama  pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenal pasti huruf sebelum berkembang untuk membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting kepada pelajar seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru harus mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contoh ialah a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama elakkan mengunakkan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak –kanak atau membaca kepada kanak-kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah penting dalam perkembangan membaca.

KEMAHIRAN PERGERAKAN MATA DAN TANGAN
Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan unutk melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang mengunakkan objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat member aktiviti seperti mengunting tetapi harus diingatkan untuk berhati-hati semasa mengunakkannya.