counter

Tuesday, October 1, 2013



Pertandingan Forum Antara Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2013
Piala Menteri Besar Perak

Pertandingan Forum Antara Institut Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Piala Menteri Besar Perak akan berlangsung mulai 1 hingga 3 Oktober 2013. Sebanyak 22 buah IPG seluruh Malaysia turut serta dalam pertandingan tersebut. Anda semua dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut.

Saturday, September 21, 2013

Penarafan IPG


Merujuk kepada PPPM yang baharu terdapat inisiatif untuk menaik taraf IPG kepada Universiti. Sejauh mana usaha penarafan itu akan berlaku dan pada hakikatnya status IPG sudah pun bertaraf universiti. IPG sudah pun mengeluarkan graduan bertaraf sarjana Muda Pendidikan dan telah diperakui oleh MQA. Para graduan ini juga telah berkhidmat sebagai guru di sekolah seluruh Malaysia. Sama-sama kita berusaha agar segalanya dipercepatkan........

Wednesday, August 1, 2012

Ucapan tahniah kepada semua pelajar K3 atas kerjasama yang diberikan .

Tuesday, July 31, 2012

MAKLUMAN


Perubahan Waktu Pengajaran dan Pembelajaran 

Kelas : K3
Mata pelajaran : WAJ 3104 (Literasi Bahasa) 
Tarikh : 1 Ogos 2012
Masa  : 9.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Pemulihan (Bangunan Pentadbiran )

Pesanan : Sila bawa semua bahan pembentangan yang telah dihasilkan

Terima Kasih







Monday, July 30, 2012

Makluman Tugasan Minggu ke Tujuh

Pembahagian tugasan merujuk kepada Pro forma yang telah ditetapkan.

Bengkel Penyerapan Pemulihan dan Menulis dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

- Menyebut nama huruf mengikut melodi
- Mengeja perkataan satu dan dua kata-kata mengikut melodi
- membuat aktiviti pergerakan badan

Tugasan diagihkan kepada lima kumpulan.

Sila bawa bersama bahan dan alat muzik yang berkaitan


Sunday, July 29, 2012

Kaedah Fonik


 Kaedah fonik digunakan untuk melatih murid mengenal huruf melalui padanan huruf 
dengan bunyi. Terdapat pelbagai pendapat mengenai cara pelaksanaan pengajaran
membaca menggunakan kaedah fonik.

Beberapa langkah pelaksanaan kaedah fonik seperti berikut
1. Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dan bunyi (hubungan fonem-grafem) supaya mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka hadapi.
2. Murid diperkenalkan dengan bunyi huruf dan bukan nama huruf.
3. Jadi, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa...’, ‘t’ - ‘teh’, ‘s’ - ‘ss’. ‘u’ - ‘uu...’, ‘z’ - ‘zz...’ dan sebagainya. Murid-murid akan dilatih membunyikan huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf yang lain bagi membentuk suku kata dan perkataan.
4. Apabila mereka sudah mengetahui hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan sebagai.   
5. Contoh lain seperti huruf “a” tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [a], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ba] + [ta] dan seterusnya disebut sebagai [bata].
6. Kemudian baru digabung suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan - ‘dada’, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’ dan sebagainya.


Kepentingan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas


Peranan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan cara mempengaruhi minat murid terhadap tajuk yang diajar. Contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengunakan lagu-lagu rakyat untuk menyampaikan kandungan matapelajaran yang diajar.
Melalui pendekatan seperti ini, murid lebih berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari dengan lebih mendalam.
Pelajar akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik.
Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar..
Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. 

Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif.
Menurut  ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif.
Mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.
Pembelajaran melalui muzik ini adalah merupakan satu pembelajaran yang aktif dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.
Kesimpulannya, muzik memainkan peranan penting dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan bersesuaian dalam membina pengetahuan pelajar.