counter

Sunday, July 29, 2012

Kaedah Fonik


 Kaedah fonik digunakan untuk melatih murid mengenal huruf melalui padanan huruf 
dengan bunyi. Terdapat pelbagai pendapat mengenai cara pelaksanaan pengajaran
membaca menggunakan kaedah fonik.

Beberapa langkah pelaksanaan kaedah fonik seperti berikut
1. Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dan bunyi (hubungan fonem-grafem) supaya mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka hadapi.
2. Murid diperkenalkan dengan bunyi huruf dan bukan nama huruf.
3. Jadi, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya ‘a’ dibunyikan ‘aa...’, ‘t’ - ‘teh’, ‘s’ - ‘ss’. ‘u’ - ‘uu...’, ‘z’ - ‘zz...’ dan sebagainya. Murid-murid akan dilatih membunyikan huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf yang lain bagi membentuk suku kata dan perkataan.
4. Apabila mereka sudah mengetahui hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan sebagai.   
5. Contoh lain seperti huruf “a” tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [a], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ba] + [ta] dan seterusnya disebut sebagai [bata].
6. Kemudian baru digabung suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan - ‘dada’, ‘batu’, ‘kata’, ‘lalu’ dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas respon anda