counter

Thursday, October 15, 2009

KRS IPG KAMPUS IPOH


PENGENALAN


Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya di sekolah-sekolah oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhannya disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan malaysia pada 20 Jun 1995 di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Dalam tahun yang sama pada bulan November – Disember seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah di peringkat sekolah Kursus-kursus ini telah diadakan di Pusat-pusat Kokurikulum Bachok (kelantan), Singkir (Kedah), Bukit Kolah (Terengganu) dan Santubong (Sarawak). Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri kemudiannya diminta untuk menjalankan kursus yang sama bagi menyediakan jurulatih di peringkat sekolah.

Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kader Remaja Sekolah mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan pakaian seragam yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang menganggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya menlalui kegiatan-kegiatan yang mencabar, inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan langsung ibadah khusus dan umum.

Semoga generasi yang dilahirkan melalui Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah akan menjadi palajar contoh dan menjadi anggota masyarakat muda yang lebih bersedia untuk menghadapi cabaran zamannya.


Wednesday, October 14, 2009

PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.

Variasi bahasa

Kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

Dialek

Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam suatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek.

Idiolek

Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.

merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.

Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.

Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Dialek kawasan

Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

Dialek sosial

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Variasi-variasi ini yang berkaitan dengan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.

PENGAJARAN BAHASA MELAYU

KEMAHIRAN BERBAHASA

LITERASI BAHASA