counter

Wednesday, January 20, 2010

GURINDAM

Gurindam
Gurindam termasuk bentuk puisi lama yang banyak terdapat dalam masyarakat Melayu/ Indonesia. Gurindam yang terkenal ialah gurindam dua belas. Ia bukanlah bererti gurindam itu berjumlah dua belas buah. Ia adalah gurindam yang berisi dua belas fasal yang menyangkut dengan ibadat, perseorangan, kewajipan raja, kewajipan anak terhadap orang tua,tugas orang tua terhadap anak, sifat-sifat bermasyarakat dan sebagainya.
Di dalam masyarakat orang tua-tua, sering kita terdengar ucapan: Ah, kamu belum tahu nan empat. Dari beberapa orang tua-tua kami mendapat keterangan bahawa yang empat itu ialah tanah, air, udara dan api iaitu empat zat yang menjadikan manusia mula-mula (Adam). Ada pula yang menerangkan bahawa yang empat itu dasar nasib manusia, yang diumpamakan dengan gunung. Ada masa mendaki, ada masa menurun, ada masa melereng dan ada masa mendatar. Manusia harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan yang dihadapinya.Walauapapun gurindam adalah sesuatu yang terang ertinya dan mudah difahami.
Seloka yang asli terdapat dalam buku Mahabharata yang memuatkan 100 000 seloka dan Ramayana Walmiki berisi lebih kurang 24 000 seloka. Bentuk seloka dalam kesusasteraan Melayu menimbulkan bermacam-macam keraguan. Di dalam buku kesusasteraan lama seperti hikayat, kisah dan sebagainya kita sering menjumpai perkataan seloka tetapi contoh yang diberikan ialah pantun belaka.
Dalam A Malay English Dictionary, R.J. Wilkinson terdapat keterangan bahawa seloka adalah ucapan yang berisi sindiran dalam bentuk yang tiada tetap sajaknya sementara Dr. C. Hooykaas dalam bukunya Perintis Sastera menyatakan bahawa dalam bahasa Melayu, seloka itu ialah suatu sajak dari empat baris yang masing-masing terdiri daripada empat perkataan dari lapan hingga sebelas suku kata dan bersajak sebagai kalimat-kalimat syair tetapi dalam empat baris ataupun seperti kebanyakan pantun.
Bentuk seloka adalah tetap empat baris seperti syair. Isinya pula sama dengan seloka yang lain, iaitu mengandungi sindiran terhadap kelakuan seseorang yang kurang baik, bodoh, dungu, pemadat dan sebagainya. Menurut pendapat saya,seloka itu mempunyai bentuk yang tiada tetap jumlah barisnya dan isinya mengandungi sindiran terhadap sifat serta sikap seseorang dengan maksud untuk dijadikan bidalan belaka.