counter

Thursday, October 15, 2009

KRS IPG KAMPUS IPOH


PENGENALAN


Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya di sekolah-sekolah oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhannya disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan malaysia pada 20 Jun 1995 di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Dalam tahun yang sama pada bulan November – Disember seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah di peringkat sekolah Kursus-kursus ini telah diadakan di Pusat-pusat Kokurikulum Bachok (kelantan), Singkir (Kedah), Bukit Kolah (Terengganu) dan Santubong (Sarawak). Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri kemudiannya diminta untuk menjalankan kursus yang sama bagi menyediakan jurulatih di peringkat sekolah.

Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kader Remaja Sekolah mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan pakaian seragam yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang menganggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya menlalui kegiatan-kegiatan yang mencabar, inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan langsung ibadah khusus dan umum.

Semoga generasi yang dilahirkan melalui Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah akan menjadi palajar contoh dan menjadi anggota masyarakat muda yang lebih bersedia untuk menghadapi cabaran zamannya.


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas respon anda