Wednesday, December 28, 2011
Selamat Berposting 2012
Wednesday, December 14, 2011
Pelayaranku
Wednesday, January 20, 2010
GURINDAM
Gurindam termasuk bentuk puisi lama yang banyak terdapat dalam masyarakat Melayu/ Indonesia. Gurindam yang terkenal ialah gurindam dua belas. Ia bukanlah bererti gurindam itu berjumlah dua belas buah. Ia adalah gurindam yang berisi dua belas fasal yang menyangkut dengan ibadat, perseorangan, kewajipan raja, kewajipan anak terhadap orang tua,tugas orang tua terhadap anak, sifat-sifat bermasyarakat dan sebagainya.
Di dalam masyarakat orang tua-tua, sering kita terdengar ucapan: Ah, kamu belum tahu nan empat. Dari beberapa orang tua-tua kami mendapat keterangan bahawa yang empat itu ialah tanah, air, udara dan api iaitu empat zat yang menjadikan manusia mula-mula (Adam). Ada pula yang menerangkan bahawa yang empat itu dasar nasib manusia, yang diumpamakan dengan gunung. Ada masa mendaki, ada masa menurun, ada masa melereng dan ada masa mendatar. Manusia harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan yang dihadapinya.Walauapapun gurindam adalah sesuatu yang terang ertinya dan mudah difahami.
Seloka yang asli terdapat dalam buku Mahabharata yang memuatkan 100 000 seloka dan Ramayana Walmiki berisi lebih kurang 24 000 seloka. Bentuk seloka dalam kesusasteraan Melayu menimbulkan bermacam-macam keraguan. Di dalam buku kesusasteraan lama seperti hikayat, kisah dan sebagainya kita sering menjumpai perkataan seloka tetapi contoh yang diberikan ialah pantun belaka.
Dalam A Malay English Dictionary, R.J. Wilkinson terdapat keterangan bahawa seloka adalah ucapan yang berisi sindiran dalam bentuk yang tiada tetap sajaknya sementara Dr. C. Hooykaas dalam bukunya Perintis Sastera menyatakan bahawa dalam bahasa Melayu, seloka itu ialah suatu sajak dari empat baris yang masing-masing terdiri daripada empat perkataan dari lapan hingga sebelas suku kata dan bersajak sebagai kalimat-kalimat syair tetapi dalam empat baris ataupun seperti kebanyakan pantun.
Bentuk seloka adalah tetap empat baris seperti syair. Isinya pula sama dengan seloka yang lain, iaitu mengandungi sindiran terhadap kelakuan seseorang yang kurang baik, bodoh, dungu, pemadat dan sebagainya. Menurut pendapat saya,seloka itu mempunyai bentuk yang tiada tetap jumlah barisnya dan isinya mengandungi sindiran terhadap sifat serta sikap seseorang dengan maksud untuk dijadikan bidalan belaka.
Thursday, October 15, 2009
KRS IPG KAMPUS IPOH

PENGENALAN
Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya di sekolah-sekolah oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995. Pelancaran penubuhannya disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan malaysia pada 20 Jun 1995 di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Dalam tahun yang sama pada bulan November – Disember seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah di peringkat sekolah Kursus-kursus ini telah diadakan di Pusat-pusat Kokurikulum Bachok (kelantan), Singkir (Kedah), Bukit Kolah (Terengganu) dan Santubong (Sarawak). Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri kemudiannya diminta untuk menjalankan kursus yang sama bagi menyediakan jurulatih di peringkat sekolah.
Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kader Remaja Sekolah mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan pakaian seragam yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang menganggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya menlalui kegiatan-kegiatan yang mencabar, inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan langsung ibadah khusus dan umum.
Semoga generasi yang dilahirkan melalui Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah akan menjadi palajar contoh dan menjadi anggota masyarakat muda yang lebih bersedia untuk menghadapi cabaran zamannya.
Wednesday, October 14, 2009
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Variasi Bahasa
Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.
| Variasi bahasa | Kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. |
| Dialek | Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam suatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. |
| Idiolek | Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. |
| Dialek kawasan | Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.
|
| Dialek sosial | Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Variasi-variasi ini yang berkaitan dengan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial. |

